Pages

Monday, February 28, 2011

CUAK!!

Omaigod omaigod...Tengok tajuk pon dah taw kan??
apa benda lah yang budak lepasan SPM 2010 paling cuak kalau bukan nak taw result spm depa kan??
Tak terkecuali aku..
Memang malam2 dah tak boleh tido malam dah la...
BILA LA result nak keluar ni??
misteri gila tahun ni kan??

Thursday, February 17, 2011

Memory bahas...part 2

BERKORBAN APA SAHAJA UNTUK SMK JITRA YANG TERCINTA..

Tiada ayat yang lebih tepat untuk aku tulis selain daripada yang diatas..aku sanggup korbankan banyak masa aku semata-mata untuk ke kebangsaan yang akan diadakan di PASIR PUTEH, KELANTAN..
Cubalah korang bayangkan, pergi sekolah pukul 7 pagi, balik rumah pukul 7 petang.Penat tu jangan kata lah..Sebelum ke KELANTAN, byk sangat friendly match yg diaturkan..hbes satu kedah, tak cukup kedah, perlis pulak kami pi untk lawan friendly..
Yang paling tak boleh lupa, lepas kena hentam dengan pembahas UUM dan IPDA..HAHA..malu siott..tapi xpa, dorang pown tak kisah..
Memang prepare hampir 2 bulan untk ke peringkat kebgsaan..pada masa tu,
kami try search internet tgok sekolah mana yg akan ke kebangsaan..tgok2, musuh tradisi, SMK SERI SERDANG yang akan wakil SELANG0R..
Sabar2..bukan kita tak bagus langsung kan..

13 JULAI 2009
Pagi2 lagi 2 biji van menunggu di smk jitra..wah, perjalanan yg agak jauh untuk ke kelantan..sbelum bertolak, ustaz riffain tolong baca doa..untuk budak s0lar car sekali yang akan ke peringkat negeri..
Perjalanan ke kelantan dirasakan cukup lama, ditemani dengan gunung-gunung, p0k0k2..mana tidaknya, membelah banjaran titiwangsa kan??
Sesampainya kami di Sweet beach resort, kami disapa oleh pembahas ar-irsyad dan ckgu dari negeri sembilan.. RUpanya, smkj dah ada nama dalam pds, sampai semua orang kenal..kami check-in bilik..aku dgn aliff share bilik dengan pembahas PUTRAJAYA..sempat lg berkenalan..SEBELUM TU, ingat pesan ckgu sabri, datang sini jangan tunjuk sangat yg kita hebat..buat biasa ja..
Malam tu, sesi cabutan undi..
Taknak cter panjang KEDAH LAWAN PERLIS esok..tp bukan itu yang ditakutkan..bila kami menang, KEDAH akan bertemu SELANG0R diperingkat suku akhir..haha..lepas bincg ckit2, tdo..

14 JULAI 2009
lawan dgn perlis pagi tu..taknak cter panjang, KEDAH menang..
Yang lawaknya knsep kerajaan(perlis), dpa cakap perubahan walaupun 0.0001 peratus!!haha, lepas jer pada tu, aku jeling 2nd speaker serdang yang kecik m0lek tu..haha..
Sampai kemalam kami x kuar bilik semata mata nak bcg strategi esok..SAMA LAH MACM SERDANG p0wn..

15 JULAI 2009
Lawan dgn SERDANG memang banyak halangan..mana taknya,bilik kuarantin Jitra dgn Serdang sebelah menyebelah saja..pastu, byk la provokasi drpda serdang..kmi diam ja..ditambh pula dgn air-cond r0sak..memang peluh berjerau la..kami menang juga akhirnya..alhamdulillah.
Byak yang datang menyokong team jitra..thanks tu Teknik SETAPAK..AL IRSYAD, PRESINT 16 pjaya..anda semua memang byk membantu..
SEMI-KEDAH lwn JOHOR
psdangan berjalan lancar..ameera memang terbaik..smpai ada yg menggelarnya LAGENDA DEBAT PDS..haha, aku cukup berbangga..lg setapak ja untk ke final..keputsannya J0H0R menang..aku dapat lihat betapa beratnya hati TYDP untuk mengumumkan..satu dwan terdiam seketika..cuma sorakan dr team serdang..tak pelah, km terima kalau ni bukan rezeki kami
Malam tu kami mer0nda ke kota bharu..then balik and tdo..

16 JULAI 2009
pentas akhir menemukan J0H0R DAN SABAH..taknak cter panjang J0H0R menang..
SMK JITRA di tempat ketiga bersama SMK CHINI yg mewakili PAHANG..saat nama SMK JITRA diumumkan, kami menerima tepukan yg cukup gemuruh dri audience..saat tula kami pembahas SMK JITRa cukup berbangga..
Dahdah..cukup lembaran 2009

APA YANG PENTING, AKU RINDU KELANTAN SANGAT-SANGAT..RINDU TEAM BAHAS 2009!!

Thursday, February 3, 2011

memori bahas..part 1

aku rindu sangat nak jadi macam dulu....
pakai baju sekolah, rasa bangga apabila bergelar pelajar...

hari nie aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku sebagai pembahas sekolah..
sejarah penglibatan aku dalam dunia bahas bermula semasa aku tingkatan tiga..individu yang telah byk mendorongku untuk memasuki dunia kepetahan ini adalah suhail anuar... entah kemana menghilangnya dia..aku pown tak tawu lar sejak dia pdh pegi interkupa...sunyi dari dunia kebisingannya  (dengan hujah dan fakta) ketika di smk jitra...

aku join bengkel petah bicara pada tahun 2008..
owang kata....apa2 benda yg kita nak ceburi sekalipun bermula dari sifar...
nampaknya..bakat yang terpendam selama ini telah berjaya dikesan..aku dihantar ke uia untuk mewakili sekolah dalam pert. debat antara sekolah2 seluruh malaysia anjuran uiam...
dalam usia yang masih setahun jagung itu, aku masih terpinga-pinga..hanya mengikuti apa sahaja yang dilakukan oleh pendebat laen..

pada waktu itu, aku maseh belum matang untuk berdepan dengan pembahas yang lebih berpengalaman dariku...MANA tidaknya.. semua pembahas datang dari sbp dan mrsm yang cukup gah...seperti SSP,MCKK, SMAP KAJANG dan sebagainya...tapi tidak mengapa..aku sahut cabaran untuk pergi ke uia untuk belajar..dan bukannya untuk menang..


haha..cuma selingan sahaja..mungkin agak janggal bagi mereka yang tidak mencintai debat...
aku tutup kisah 2008..aku buka lembaran baru, azam baru 2009..
hahaa..aku menjadi team utama?? bersama pembahas berpengalaman nur ameera faiz, aliff, afzan izzani dan mawaddah...team baru..semangat baru.. impian nak bawa balik piala pds ke bumi smk jitra... pada peringkat daerah...x nak ulas panjang..aku nest speaker..PATUT KER?? haha, ni bukan kerja aku nak menilai patut ke x..tue semua kerja hakim kan..haha..ke peringkat negeri.. sangat kelakar pada kesemua pusingan..nie pun ,mals nak citer panjg..masa semi menang lawan team smk sultan badlishah..yang telah ditewaskan oleh aku semasa gerkorama negeri..EH..AKU DOK ASRAMA KER?? haha...cerita lama tue..aku sangat best bila lwan dengan smk sultanah asma d peringkat akhir sebab ada ayam goreng upin ipin..haha

lepas tu...kami akan mewakili negeri kedah ke peringkat kebangsaan..sebelum tue..ada debat jemputan uiam lagi..TAKUTTT..kami pergi uia selamba jer..pakai track, selepar and else..TAPI tgok sekolah laen dgn blazernya...wahhh..dalam hati cakap..ni datang nak debat ke nak tayang baju..haha..do i care??
lepas pusingan kedua..kami dapt rank ke-6...what??? aku memang terkejut beruk..sampai urusetia suruh team kami untuk pilih bidang usul..sekali keluar dari mulut ameera..EKONOMI...haha, pada waktu malam nak bincang eko?? team2 laen mcm usha kami pelik jer..haha..tak kesah la kan..kami pilih jer..tapi kami pun x debat usul tue..hbis pusingan ke-6..smk jitra no. 13...satu kebanggaan la katakan..mana taknya..team sek harian biasa paling jauh datg ke uia dan sekolah pertama dari zon utara...then,,barula kami rasa dihormati oleh sekolah lain..sekolah yg lagi hebat la katakan..tapi, bukan kemasyuran yang penting...