Pages

Friday, April 29, 2011

interview IPG

haha... that was my first interview so far...

dalam pukul 10.30... aku telah dihantar ke IPG kampus darulaman...tobat aku ketaq gila kot...
aku pegi interview pakai baju warna kuning..haha, dengan kasut berkilat pak su aku bagi..well, aku haram tak prepare apa2 pon...

Sesampainya di sana, aku nampak sangat ramai orang yang akan ditemuduga.. kebanyakkannya adalah lelaki..TAK PAYAH KATA LA, semua nampak sangat smart and nampak terpelajar ja..hahah, tak boleh lar nak tunjuk act kan?? hehe, just kidding...

Seorang pun aku tak kenal...maksud aku, semua budak 2 sekolah lain..MUNGKIN AKU ADALAH PELAJAR DARI SMK JITRA yang paling last diinterview..perasan kejap jadi jejaka melayu terakhir... aku memberanikan diri menegur budak2 yang ada kat sna *bajet aku tuA sangat.. .


haha, lama jugak lar menunggu dekat luar tu and peluh berjerau jugak la... aku dalam group K01A... semua ada sampai C... tapi A yang dorang panggil last sekali...then, aku ada sembang dengan geng2 yg seGROUP dengan aku.. ada 4 lelaki, 4 perempuan(2 melayu, 2 cina)...ok, budak laki ja yg aku sempat borak2...farhan dari mrsm taiping, dpat 9a..muzzamil dari mrsm pendang...and faiz dari maktab mahmud...SEMUA DAPAT STRET A LAH.. and pandai2 belaka...

pun semasa dipanggil untuk check nama, penemuduga ucap tahniah dekat kami sebb semua yg ada dalam senarai hadir untuk interview... then susun dokumen2..dan menunggu lagi untuk ujian INSAK.. tak nak citer panjang la ujian tue..lepas ujian, kami terus dibawa ke bilik temuduga untuk TEMUDUGA BERKUMPULAN... tajuk yg dapat senang ja.. MASALAH DISIPLIN... then, kami diberi masa 3 minit untuk bersedia...masing2 saling memandang antaRA satu sama lain... mungkin tak tahu sapa yg nak mula.. lepas tu, perbincgn berjalan lancar..semua memberikan komitmen,, tapi aku sedar.. ada sedikit monopoli drpada aku..AKU DAH CUBA UNTUK ELAKKAN, tapi tak boleh..hehe, sory guys..terutamanya kepada chinese gurl ...sebb aku yg menyuruh dorang bercakap..

lepas keluar dari bilik tue.. semua geng aku, diorang cakap, tempat aku memang dekat IPG.. sebab dorang nampak ciri2 cikgu tu dekat aku...AKU PUN......*SPEECHLESS.. diorang cakap, dorang hanya mampu mengangguk jer masa aku cakap..hahah...

lepas tue, interview secara individu....aku yg ke-7... memang lambat gila...Penat sesangat..bukannya apa, penat menunggu ja..hehe.. lepas yg ke 4...diorang break kejap..sambung balik pukul 3.15...masa turn aku tue...memang banyak giler soalan peribadi yang ditanya..termasuklah saiz badan kan...haahaa, lain2 diorang tanya tentang masalah ponteng, aspirasi...blahblah blah...


*punyala aku expected dorang nak tanya tentang KSSR, NKRA, SBT, PIPP ,NUTP and byk lg...rupanya tak pun...semua dlam bm pulak tue...haha..sukanya aku menggoreng, nampak mcm org yg interview aku berpuas hati dengan aku cakap...CUMA DORANG PESAN...suruh turunkan berat badan ckit..aku pun cakap OK JE...sebb, when there's a will, there' a way ryte?? imposible is nothing....aku hanya mampu mencuba jer..

Sesi interview hbes dalam kul 4.30 ptg..overall, aku suka sgt interview ni walaupun sebelum tue aku sgt cuak and takut... betolla org cakap, KITA BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN dan PENGALAMAN MENDEWASAKAN KITA..

*aku minx maaf la, kalau blog aku tak menarik..sebb aku tak reti nak boh gambar ngan lain2..sapa2 tolong lah ajar aku !!!! haha

1 comment:

  1. haha ak pun dapat IPG.. tetibe trjumpa plak article nih.. search psal interview IPG tadi..
    this will be my first interview so far~~
    so camne interview?? dpt x?
    http://www.facebook.com/farahnabilah94

    ReplyDelete